MENGENAI KAMI

Kami ialah Nic Sport, sebuah syarikat yang perintis dalam bidang pakaian sukan. Matlamat kami adalah untuk merekabentuk pakaian sukan berkualiti tinggi dan selesa untuk semua generasi.
Misi kami adalah untuk membangkitkan semangat atlet dalam jiwa anda, untuk meningkatkan prestasi diri dalam apa jua sukan dan aktiviti dengan menggunakan pakaian sukan yang unggul dan berinovatif.

di mana gaya memenuhi prestasi

PENCAPAIAN KAMI

01

Dari Mana Kami Bermula?

Organisasi kami bermula dengan idea untuk merekabentuk t-shirt yang ringan dan tahan regang serta kemampuan untuk meresapkan kelembapan dengan lebih cepat. Justeru itu, fabrik “ultra cooling” telah dibina yang boleh memberikan suhu yang lebih rendah pada badan anda semasa cuaca yang panas.

02

Apakah Motivasi Kami?

selama bertahun-tahun, banyak jenama yang lain meningkatkan kos pakaian sukan mereka untuk menampung kenaikan kos penyelidikan, imej dan “retail outlet” malah telah memberikan pemikiran yang pakaian sukan adalah barang mewah dan mahal. ini mendorong kami mengurangkan kos operasi yang lain untuk menaik taraf kualiti produk kami pada harga yang berpatutan.

03

Model Perniagaan Kami

Kami adalah pengeluar tunggal setiap produk yang kami promosikan di laman web kami. Oleh itu, dengan memotong sebarang keuntungan orang tengah (middle-man) dan sewa “retail outlet” yang mahal, kami berjaya menurunkan margin dan mengurangkan semua kos operasi tambahan.
Justeru, kami telah menyediakan pakaian yang paling sempurna, tahan lama, tahan lask dan mengekalkan warna fabrik khas untuk sepanjang hayat.